Cari @ Amanz

SanDisk merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam penawaran storan tambahan kepada peranti-peranti popular, termasuk iPhone. Terkini, mereka hadir dengan sebuah produk baru, dinamakan iXpand Memory Case yang mana merupakan sebuah kerangka luar untuk iPhone yang turut menawarkan storan tambahan.

Sandisk iXpand Case

iXpand Memory Case ini ditawarkan untuk pengguna iPhone 6 dan juga iPhone 6S dan hadir dalam variasi saiz 32GB, 64GB dan juga 128GB.

Untuk menggunakannya, pengguna masih memerlukan sebuah aplikasi khusus dipasang yang membolehkan pengguna membuat salinan pendua gambar mereka secara automatik. Disamping itu, SanDisk turut menawarkan sebuah pek bateri tambahan yang boleh dihubungkan kepada kerangka ini bagi menawarkan masa penggunaan peranti tambahan berbanding kebiasaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd