Kemas Kini OnePlus 3 Akan Memperbaiki Masalah Penggunaan RAM Dan Warna Skrin

Kemas Kini OnePlus 3 Akan Memperbaiki Masalah Penggunaan RAM Dan Warna Skrin

Diterbitkan pada June 24, 2016 oleh .

Pembunuh peranti utama terkini dari OnePlus mula dijual minggu lalu dan menerima banyak ulasan positif. Akhirnya OnePlus 3 menyokong pengecasan pantas dan sistem NFC yang tidak hadir pada dua model terdahulu. Sungguhpun begitu kesemua ulasan menyentuh masalah sistem pengurusan RAM yang aneh dan warna skrin yang kurang tepat. OnePlus hari ini mengumumkan kemas kini OxygenOS 3.1.4 sedang dihasilkan bagi menyelesaikan dua masalah ini.

Oneplus 3 skrin SRGB 1Peranti ini dilengkapi RAM sebesar 6 Gigabyte tetapi pengguna merungut sistem pengurusan RAM menutup aplikasi dengan terlalu agresif. Ini membuatkan RAM besar yang disertakan seperti tidak berguna. Pihak OnePlus mengatakan ini dilakukan bagi menjimatkan penggunaan bateri. Masalah skrin pula ialah warna skrin AMOLED yang tidak tepat. Kemas kini akan mengaktifkan mod warna SRGB yang akan memberikan penghasilan warna yang lebih semula jadi.

Gambar di atas menunjukkan skrin dengan mod SRGB pada sebelah kiri dan tetapan asal pada sebelah kanan. Buat masa ini kemas kini OxygenOS hanya akan diterima oleh peranti yang diberikan kepada pengulas. Pemilik OnePlus 3 akan menerimanya hanya selepas pihak OnePlus mendapat maklum balas dari pengulas. Tiada tarikh muktamad diberikan setakat ini.


TIPS & ULASAN