Sistem katrij pada konsol permainan video ialah nostalgia lama yang ingin kamu lupakan. Katrij perlu dihembus bagi membersihkan debu sebelum ia boleh dimasukkan ke dalam slot konsol. Kali terakhir ia digunakan pada konsol ialah pada Nintendo 64 dua puluh tahun yang lalu. Nintendo memfailkan tanda dagang untuk beberapa permainan yang bakal muncul pada konsol Nintendo NX mereka. Menarik sekali tanda dagang difailkan untuk sistem katrij.
Ini menimbulkan spekulasi konsol terbaru Nintendo mungkin menggunakan katrij bagi menggantikan sistem cakera optik yang popular buat masa ini. Penggunaan semula katrij ini bukanlah idea yang dianggap gila kerana ia sudahpun digunakan pada Nintendo 3DS dan PlayStation Vita. Harga penghasilan katrij yang semakin murah serta kapasiti yang lebih besar berbanding cakera Bluray dirasakan mendorong kepada penggunanya pada NX kelak. Sungguhpun begitu NX masih dijangka dilengkapi pemacu Bluray bagi membolehkannya memainkan cakera HD DVD.