Cari @ Amanz

Penstriman video YouTube secara langsung menggunakan peranti mudah alih ialah fungsi yang selama ini terhad kepada beberapa pengguna sahaja. Pemilik peranti Xperia dan Samsung mempunyai fungsi ini terbina pada peranti mereka dengan memilih pemalam khas aplikasi kamera. YouTube hari ini melancarkan fungsi penstriman langsung ini kepada semua pengguna yang menerusi aplikasi YouTube Android dan iOS.

Youtube-Live-2Antaramuka penstriman mempunyai persamaan dengan Periscope. Apabila penstriman dilakukan, komen penonton akan muncul pada sisi kiri skrin. Pada waktu yang sama butang like terletak pada bahagian atas bersama dengan penanda jumlah penonton. Untuk menggunakan fungsi ini pengguna hanya perlu melancarkan aplikasi YouTube dan menekan butang merah pada bucu bawah sebelah kanan. Pilihan melakukan penstriman akan muncul dan gambar boleh diambil untuk menjadi thumbnail.

Penstriman secara langsung ini diperkenalkan secara berperingkat-peringkat bermula hari ini kepada rakan media YouTube sebelum ia diaktifkan kepada semua pengguna. Dengan pelancaran perkhidmatan ini, mereka berharap dapat bersaing dengan Periscope dan Facebook Live.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd