Asus Zenbook Flip UX360CA Kini Di Malaysia, Berharga RM3099

Asus Zenbook Flip UX360CA Kini Di Malaysia, Berharga RM3099

Diterbitkan pada June 24, 2016 oleh .

Asus mempunyai pelbagai penawaran produk komputer riba dibawah mereka, dan yang popular adalah Zenbook. Terkini, untuk pasaran Malaysia, pihak Asus telah pun melancarkan sebuah komputer riba terbaru, iaitu Asus Zenbook Flip UX360CA.

Asus Zenbook Flip

Seperti pada namanya, Asus Zenbook Flip ini membawakan rekaan engsel yang membolehkan komputer riba berkenaan diputarkan 360-darjah. Melaluinya, ia membolehkan anda menggunakan komputer riba untuk tujuan kerja, persembahan atau menikmati multimedia melalui beberapa mod berbeza.

Melengkapkan komputer riba ini juga adalah skrin sentuh bagi memudahkan anda melakukan beberapa perkara ketika dalam mod berbeza.

Dari segi spesifikasi, Asus Zenbook Flip UX360CA ini hadir dengan skrin 13.3-inci dengan paparan resolusi 1920×1080 pixel, dilengkapi memori sehingga 4GB RAM, ruangan storan 128GB SSD, dan cip pemprosesan Intel Core m3. Bateri terbina pada komputer riba ini menawarkan masa penggunaan sehingga 12 jam.

Menjana peranti ini adalah sistem operasi Windows 10, selain turut dilengkapi dengan sokongan audio SonicMaster.

Di Malaysia, Asus Zenbook Flip UX360CA ini ditawarkan pada harga bermula RM3099.


TIPS & ULASAN