HTC telah diperkatakan akan hadir dengan dua peranti Nexus pada tahun 2016 ini. Selepas beberapa info tertiris sebelum ini, kini spesifikasi awal untuk salah satu peranti daripadanya tertiris – dikenali dengan nama kod “Sailfish”.
HTC “Sailfish” ini dikatakan versi Nexus bersaiz lebih kecil dengan yang lagi satu peranti Nexus yang turut bakal diperkenalkan sama.
Peranti ini dikatakan bakal hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan empat-teras 2.0GHz, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia turut dijangka hadir dengan kamera belakang 12-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel.
Seperti peranti Nexus pada tahun lepas, peranti HTC ini juga dijangka akan hadir dengan pengimbas cap jari dan juga pengecas berasaskan USB Type-C.
Google dijangka akan mengumumkan peranti baru ini bersama-sama pengenalan Android N kelak.