Google Dilaporkan Mungkin Hadir Dengan Rekaan Butang Navigasi Android Yang Baru

Google Dilaporkan Mungkin Hadir Dengan Rekaan Butang Navigasi Android Yang Baru

Diterbitkan pada June 25, 2016 oleh .

Google pada tahun ini dijangka akan hadir dengan dua telefon pintar Nexus berasaskan kepada sistem operasi Android N. Kini, hadir desas-desus baru mengatakan Google mungkin akan hadir dengan rekaan butang navigasi Android yang baru bersama-sama peranti ini.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui sama ada pengenalan butang navigasi Android baru ini adalah untuk Android N, atau hanya ditawarkan melalui peranti Nexus baru sahaja.

Google Navigasi

Dari segi fungsi, ia dijangka menawarkan fungsi yang lebih kurang sama seperti sebelum ini. Namun, dengan animasi dan penggunaan warna menarik, ia dijangka akan membuatkan pengguna lebih aktif untuk melancarkan Now on Tap atau Google Now.

Seperti biasa, buat masa ini ia masih desas-desus sahaja, dan mungkin kita akan melihat sama ada butang navigasi baru ini hadir atau sebaliknya pada pengenalan Android N kelak.


TIPS & ULASAN