Cari @ Amanz

Perkhidmatan penstriman video kini semakin popular sehingga membuatkan ramai pengguna berhenti melanggan perkhidmatan TV satelit. Terdapat lebih banyak rancangan boleh ditonton mengikut kehendak pengguna pada harga yang lebih mampu milik. Netflix boleh “dipersalahkan” kerana mempopularkan perkhidmatan seperti ini.

iflix netflix both20160107_174645Kelemahan utama Netflix seperti yang kami sentuh dalam perbandingannya dengan awal iFlix tahun ini ialah tiada fungsi muat turun. Rancangan hanya boleh ditonton dengan mentrim secara terus. Bagi mereka yang mempunyai internet peranti mudah alih yang terhad, ketiadaan fungsi membuatkan mereka hanya menonton di rumah.  Fungsi muat turun untuk Netflix kini dijangka akan diperkenalkan pada penghujung 2016. Mereka akur dengan permintaan pelanggan dan bagi membolehkan mereka bersaing dengan perkhidmatan lain kerana iFlix dan Amazon Prime telah lama mengaktifkan fungsi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd