AquaGreen – Pengebumian Mesra Alam Mengubah Mayat Menjadi Cecair

AquaGreen – Pengebumian Mesra Alam Mengubah Mayat Menjadi Cecair

Diterbitkan pada June 25, 2016 oleh .

Setiap yang hidup akan merasai mati. Setiap yang mati kemudian akan diuruskan bagi mengelakkan jasad menjadi sumber penyakit kepada komuniti. Selama ribuan tahun sejak manusia mula menjejakkan kaki di bumi, jasad si mati akan diuruskan dengan pelbagai cara. Qabil menanam jasad Habil selepas melihat seekor gagak menanam mayat gagak yang lain. Dari cerita Al Quran ini, jasad setiap Muslim dikebumikan selepas meninggal dunia.

AquaGreen Mayat 1Pengebumian kini dianggap sebagai proses melupuskan jasad manusia yang kurang efektif. Terlalu banyak manusia tinggal di dunia tetapi ruang kubur adalah terhad. Di Singapura mayat bukan Islam akan dibakar dan debu disimpan di kolumbarium. Kubur orang Islam pula akan dikitar semula lahadnya selepas 15 tahun.

Di Kanada sistem AquaGreen dibangunkan bagi menguruskan jenazah secara mesra alam. Melalui proses ini jenazah dimasukkan ke dalam balang berisi air dan larutan garam. Jenazah dipanaskan ke suhu 300 darjah Celsius. Selepas tiga jam bahan tisu jenazah akan berubah menjadi cecair dan ia ditapis sebelum dibuang. Rangka yang tinggal dikisar dan abu yang terhasil dipulangkan kepada waris. Teknik ini menurut mereka lebih mesra alam kerana tiada pembakaran dan toksin dari mayat mereput tidak meresap ke muka bumi.

 


TIPS & ULASAN