Samsung Galaxy S7 Edge Edisi Olimpik Tertiris

Samsung Galaxy S7 Edge Edisi Olimpik Tertiris

Diterbitkan pada June 25, 2016 oleh .

Sukan Olimpik ke-31 di Rio de Janeiro Brazil akan berlangsung pada 5 Ogos ini. Persiapan agak huru hara dilaporkan di Rio dengan pelbagai masalah keselamatan dan virus Zika masih belum diselesaikan. Ini tidak menghalang Samsung dari menghasilkan Galaxy S7 Edge edisi OIimpik. Gambar peranti edisi khas ini tertiris ehsan dari @evleaks. Perbezaan versi ini dengan versi asal dan Batman hanyalah dari segi luaran.

galaxy-s7-edge-olympic-editionPertama sekali butang home kini mempunyai parameter berwarna emas manakala pada panel belakang terdapat kemasan berwarna biru pada kamera dan logo Olimpik. Butang kuasa berwarna merah manakala butang suara berwarna hijau. Tidak diketahui sama ada Samsung Galaxy S7 Edge edisi Olimpik ini akan dijual kepada orang ramai. Pada sukan Olimpik 2012 di London yang lalu, Samsung menjadi penaja rasmi dan peranti Galaxy Note 3 edisi Olimpik diberikan kepada semua atlet yang hadir. Pada waktu yang sama atlet yang menggunakan peranti Apple dinasihatkan supaya menutup logo Apple pada peranti mereka ketika majlis pembukaan dan penutup.


TIPS & ULASAN