Google Dan Facebook Kini Memadam Kandungan Video Pengganas Secara Automatik

Google Dan Facebook Kini Memadam Kandungan Video Pengganas Secara Automatik

Diterbitkan pada June 25, 2016 oleh .

Penggunaan teknologi untuk menyebarkan propaganda dan fahaman sudah berlaku sejak tamadun manusia bermula. Radio digunakan oleh gerakan anti komunis sebagai alat serangan minda anggota PKM di Malaya ketika darurat. Internet kemudian digunakan oleh ahli Barack Obama untuk mendekatkan diri beliau kepada pengundi muda dan seterusnya kepada pelantikan beliau sebagai Presiden. Teknologi perkongsian video digunakan oleh pengganas untuk menyebarkan fahaman mereka. Video memenggal kepala ialah antara yang disebarkan bagi menakut-nakutkan musuh.

Youtube-Delete-Buang-Video-2Google dan Facebook ini dilaporkan menggunakan sistem automatik untuk memadam video propaganda pengganas dengan pantas. Teknologi yang sebelum ini digunakan untuk memadam video cetak rompak atau mengandungi audio tanpa kebenaran digunakan untuk memadam video pengganas. Sebuah pangkalan data video-video yang sudah dipadam disimpan bagi memudahkan proses memadam apabila ia cuba dimuat naik semula pada waktu yang lain.

Apa yang dilakukan oleh Google dan Facebook ini ialah tindak balas kepada reaksi negatif kelewatan mereka memadam video pengganas sebelum ini. Sistem ini masih mempunyai kelemahan di mana masih memerlukan manusia memantau video yang dimuat naik dan mengesahkan ia mengandungi mesej keganasan. Hanya selepas itu “cap jari” video akan direkodkan bagi membolehkan sistem pemadam automatik ini memadam video yang sama di masa hadapan.


TIPS & ULASAN