TVPRO HD6 – PC Mini Berbentuk Kamera Web
Artikel Berkaitan

TVPRO HD6 – PC Mini Berbentuk Kamera Web

Diterbitkan pada June 27, 2016 oleh .

Pengecilan komputer dan pemproses yang semakin berkuasa membuatkan saiz komputer semakin mengecil. Di pasaran sekarang sudah wujud Intel Compute Stick yang mengubah televisyen LED menjadi sebuah komputer Windows 10 dengan mudah. Kepada yang mahukan PC mini lebih bergaya, TVPRO HD6 ialah sebuah komputer mini yang kelihatan seperti sebuah kamera web.

TVPRO-HD6--PC-Mini-4TVPRO HD6 hanya bersaiz 7.9 x 1.9 x 1.4 inci dan diperkasakan pemproses Intel Atom Z3735F Bay Trail. RAM ialah sebesar 2 Gigabyte dan storan sebesar 32 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD. Terdapat dua port USB 2.0, 2 port HDMI dan sambungan audio. Turut disertakan ialah sebuah kamera web pada bahagian depan dengan kemampuan video 1080P serta dua pembesar suara stereo. Harga jualan PC Windows 10 ialah $146 (~RM 600) sebuah.

TVPRO-HD6--PC-Mini-5


TIPS & ULASAN