Beberapa laporan sebelum ini telah mengatakan Samsung akan melangkau penggunaan nama daripada Galaxy Note 6 terus kepada Galaxy Note 7, sekaligus menyelarikan penggunaan angka versi dengan keluarga Galaxy S mereka. Kini, sebuah logo tertiris dan seperti memberikan pengesahan untuk penggunaan nama akhir berkenaan.
Mengikut apa yang tertiris buat masa ini, Galaxy Note 7 ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi QHD, dilengkapi kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut dijangka menawarkan sokongan kalis air dan boleh diperluaskan storan menggunakan mikro-SD.
Samsung juga dilihat akan menyertakan sokongan pengimbas Iris untuk tujuan sekuriti tambahan berbanding hanya pengimbas cap jari sahaja.
Samsung Galaxy Note 7 ini dijangka diumumkan pada 2 Ogos 2016 kelak, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai penawaran Samsung ketika acara pengumumannya kelak.
Couple confirmed specs: 5.7" QHD SAMOLED, 64GB + microSD, 12MP DualP / 5MP, IP68, black/silver/blue
— Evan Blass (@evleaks) June 25, 2016