Facebook Live Akan Menyokong Fungsi Merubah Wajah Berteknologi MSQRD

Facebook Live Akan Menyokong Fungsi Merubah Wajah Berteknologi MSQRD

Diterbitkan pada June 26, 2016 oleh .

Facebook membeli MSQRD pada Mac yang lalu. Aplikasi MSQRD membolehkan wajah pengguna diubah kepada rupa haiwan, hantu dan makhluk asing menggunakan teknologi augmented reality. Di media sosial kami menyedari trend mengubah wajah menjadi anjing dengan lidah terjelir sedang hangat. Ini dilakukan dengan menggunakan aplikasi Snapchat. Facebook tidak mahu ketinggalan mengikuti trend semasa dan akan mengaktifkan fungsi mengubah wajah di dalam Facebook Live menggunakan teknologi MSQRD.

MSQRD-FAcebook-Live-1Pengumuman penggunaan teknologi ini dilakukan oleh Facebook di dalam acara VidCon yang sedang berlangsung di California. Selain daripada fungsi mengubah wajah, Facebook Live akan mempunyai fungsi penstriman secara berkumpulan. Teman pengguna boleh keluar dan masuk dari video penstriman yang dihoskan oleh mereka. Ini amat berguna untuk melakukan perbincangan, perdebatan dan melakukan kolaborasi video. Kedua-dua fungsi baru ini akan diaktifkan pada penghujung musim panas kepada pemegang akaun varified. Ia hanya akan boleh digunakan pengguna biasa pada penghujung tahun.

Kesemua fungsi baru yang diperlihatkan ialah strategi Facebook untuk mendominasi arena video atas talian dan bersaing dengan Snapchat. Siapa sangka teknologi mengubah muka menjadi haiwan ialah kunci kepada kejayaan penstriman video di atas talian. Dunia teknologi sememangnya aneh dan sukar diramal.

 


TIPS & ULASAN