YakYak – Klien Google Hangouts Untuk Pengguna Desktop

YakYak – Klien Google Hangouts Untuk Pengguna Desktop

Diterbitkan pada June 26, 2016 oleh .

Bagi anda yang menggunakan Google Hangouts untuk berhubung dengan rakan-rakan lain, mungkin sedia selesa dengan pemalam Google Hangouts untuk Chrome yang membolehkan anda mengakses perkhidmatan berkenaan di desktop.

Tetapi, sekiranya anda inginkan sebuah alternatif lain dengan lebih kebebasan daripada bergantung kepada pelayar web Chrome, salah satu perisian yang mungkin membantu adalah YakYak.

YakYak

YakYak ditawarkan untuk Windows, Mac dan Linux, serta beroperasi sebagai sebuah perisian desktop biasa. Pengguna turut boleh mengawal tema paparan perisian berkenaan, serta menguruskan notifikasi yang diterima melalui perisian berkenaan.

Sekiranya anda aktif menggunakan Google Hangouts, semestinya YakYak ini adalah salah satu perisian yang wajib dicuba oleh anda.

Muat-Turun YakYak untuk desktop


TIPS & ULASAN