Yahoo! Mail Untuk iOS Kini Membolehkan Anda Membatalkan Penghantaran Emel

Diterbitkan pada Jun 26, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa perkhidmatan emel sedia menyokong fungsi membatalkan penghantaran emel (undo) selepas menekan butang hantar. Kini, Yahoo! turut mengimplementasikan fungsi yang sama pada aplikasi iOS mereka.

Melalui fungsi ini, sekiranya anda mendapati anda tersilap memasukkan alamat emel atau terlupa menyertakan fail tambahan, anda kini boleh membatalkan penghantaran dan menyunting semula emel berkenaan.

Yahoo! Mail iOS

Yahoo! memberikan masa selama tiga saat untuk pengguna membuat perubahan sebelum emel berkenaan dihantar kepada penerima yang telah ditetapkan.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Yahoo! Mail pada iOS, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menikmati fungsi ini bersama-sama beberapa fungsi yang lain padanya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami