Cari @ Amanz

Bagi ramai pembeli, disamping penawaran produk yang menarik, mereka juga melihat kepada penawaran khidmat pelanggan selepas jualan yang baik dan boleh dipercayai. Perkara ini membuatkan ramai jenama turut melabur dalam menyediakan pusat khidmat pelanggan yang baik kepada pelanggan mereka.

Terkini, Oppo yang sedia mempunyai lebih kurang 21 pusat khidmat pelanggan di seluruh negara, turut membuka pusat khidmat pelanggan terbesar mereka di Plaza Berjaya, Kuala Lumpur.

Oppo Service Center

Melalui pusat khidmat pelanggan berkenaan, seperti biasa, pengguna boleh dapatkan naik-taraf perisian secara percuma, pembersihan peranti, membaik-pulih peranti, dan beberapa khidmat pelangan yang lain. Oppo mengatakan mereka menawarkan khidmat pelanggan sepanjang hayat untuk pembeli produk mereka.

Oppo mengatakan mereka akan terus menawarkan khidmat pelanggan selepas jualan yang baik kepada pembeli mereka – dan pada masa yang sama terus memperluaskan penawaran mereka di Malaysia.

Bagi anda yang merupakan pelanggan Oppo, anda mungkin boleh singgah ke pusat khidmat baru ini di Plaza Berjaya Kuala Lumpur.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd