Intel Dilaporkan Mungkin Ingin Menjual Intel Security – Dulu Dikenali Sebagai McAfee

Intel Dilaporkan Mungkin Ingin Menjual Intel Security – Dulu Dikenali Sebagai McAfee

Diterbitkan pada June 26, 2016 oleh .

Intel pada tahun 2010 yang lepas telah mengambil-alih McAfee, dan kemudian menjenamakannya semula sebagai Intel Security. Terkini, setelah enam tahun mengambil-alihnya, Intel dikatakan mungkin dalam persiapan untuk menjualnya.

Intel Security

Intel ketika mengambil-alih McAfee dahulu, mereka merancang untuk mengintegrasikan sokongan sekuriti tambahan terus kepada cip mereka, sekaligus membolehkan mereka mengenal-pasti pelbagai ancaman sekuriti pada tahap yang lebih dalam. Walaubagaimanapun, selepas enam tahun, rancangan tersebut masih tidak selesai sepenuhnya.

Intel yang kini dalam proses penstrukturan semula syarikat mereka, dilihat lebih memfokuskan kepada arena jualan cip untuk perkomputeran awan, selain pada masa yang sama turut dilihat memfokuskan kepada arena IOT dan juga rangkaian 5G.

Mungkin kita akan dapat mendengar lanjut mengenai perancangan Intel untuk Intel Security ini dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN