Cari @ Amanz

Qualcomm merupakan salah satu pengeluar cip pemprosesan mudah-alih terkemuka di dunia, dan mempunyai sejumlah paten berkaitan dengannya termasuk berkenaan dengan rangkaian mudah-alih. Terkini, Qualcomm dilihat telah memfailkan saman ke atas Meizu di China.

Qualcomm memfailkan saman ke atas Meizu disebabkan oleh pelanggaran hak cipta, terutamanya dalam teknologi berkaitan rangkaian telekomunikasi 3G dan juga 4G.

Meizu

Qualcomm mengatakan mereka telah cuba berbincang dengan Meizu dalam melesenkan paten yang dimiliki oleh mereka, tetapi Meizu tidak inginkannya. Penggunaan paten milik Qualcomm secara berterusan membawa kepada pihak Qualcomm memfailkan saman ke atas Meizu di China.

Untuk makluman, Qualcomm telah sedia melesenkan paten mereka kepada lebih daripada 100 syarikat seluruh dunia – sekaligus menjadi salah satu sumber pendapatan mereka, selain daripada penjualan cip dan sebagainya.

Hasil daripada ini masih tidak diketahui lagi. Tetapi ia sesuatu yang dinantikan ramai berkenaan apakah hasil daripada pemfailan saman oleh Qualcomm di China ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd