Cari @ Amanz

Percubaan pertama Blackberry dalam penghasilan peranti Android nampaknya kurang berjaya. Kurang sejuta unit Blackberry Priv terjual setakat ini dan mereka melaporkan kerugian mencecah $600 Juta pada suku pertama 2016. Kegagalan Priv dikatakan adalah kerana harga jualannya yang terlalu tinggi. Blackberry akan melancarkan sebuah peranti baru pada harga lebih marhaen pada bulan Julai ini. Dokumen mengenai peranti ini tertiris semalam.

Blackberry-Hamburg-Leak-2Menarik sekali peranti dengan kod STH100-2 ini dihasilkan oleh TCL yang mengeluarkan peranti berjenama Alcatel. STH100-2 dipercayai adalah Blackberry Hamburg yang mempunyai skrin 5″ HD penuh dan diperkasakan pemproses Snapdragon 615. Ura-ura mengatakan ia akan mempunyai rekaan seakan Alcatel Idol 4. Tidak seperti Priv, Hamburg akan mempunyai skrin sesentuh sepenuhnya tanpa papan kekunci fizikal boleh luncur. Kepada peminat tegar Blackberry yang mahukan peranti yang lebih mampu milik, nantikanlah kemunculan Hamburg bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd