Oppo A37 Memasuki Pasaran Malaysia Pada Harga RM 798

Oppo A37 Memasuki Pasaran Malaysia Pada Harga RM 798

Diterbitkan pada June 27, 2016 oleh .

Oppo Malaysia hari ini mengesahkan peranti kelas permulaan A37 akan memasuki pasaran Malaysia. Peranti ini akan dijual pada harga RM 798 sebuah. Oppo A37 dilengkapi skrin 5″ 720P, diperkasakan pemproses Snapdragon 410, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte disertakan berserta dua slot kad SIM nano.

Oppo A37 2Dari segi optik ia mempunyai kamera utama 8 Megapixel f/2.2 dan kamera hadapan 5 Megapixel f/2.4. Bateri sebesar 2630 mAh disertakan bagi menguasai peranti yang menggunakan Android Lollipop ini. Ia dilancarkan minggu lalu di Singapura pada harga $214 (~RM 872) . Pihak Oppo Malaysia tidak pula mengesahkan bilakah ia akan mula dijual.


TIPS & ULASAN