Anda Kelak Mungkin Boleh Tujukan Mesej Kepada Seseorang Dengan Mudah Melalui WhatsApp Group

Anda Kelak Mungkin Boleh Tujukan Mesej Kepada Seseorang Dengan Mudah Melalui WhatsApp Group

Diterbitkan pada June 27, 2016 oleh .

Sedikit demi sedikit fungsi baru mula hadir pada WhatsApp baru-baru ini. Tidak lama sebelum ini, WhatsApp telah memperkenalkan sokongan untuk memetik mesej daripada seseorang dan membalasnya pada WhatsApp Group. Kini, melalui versi pembangunan untuk iOS, pihak WhatsApp turut dilihat menguji fungsi @mention.

Melaluinya, pengguna boleh tujukan mesej kepada seseorang pengguna dengan menggunakan simbol “@” dan seterusnya menaip nama mereka.

WhatsApp Mention

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah ia akan beroperasi memandangkan WhatsApp tidak mempunyai penggunaan nama pengguna seperti Twitter dan Instagram.

Dengan menggunakan fungsi ini, ia sekaligus memudahkan lagi pengguna tujukan mesej kepada seseorang didalam WhatsApp Group – dan pada masa yang sama penerima tidak terlepas pandang mesej untuk mereka pada WhatsApp Group.

Ia tidak lagi diketahui bilakah WhatsApp akan memperkenalkan fungsi ini secara rasminya.


TIPS & ULASAN