Honor 8 Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi – Akan Menyertakan Kamera Berkembar Di Belakang

Honor 8 Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi – Akan Menyertakan Kamera Berkembar Di Belakang

Diterbitkan pada June 27, 2016 oleh .

Honor sebelum ini telah memperkenalkan Honor V8 – yang mana kemudiannya diketahui hanya khusus untuk pasaran China sahaja. Perkara ini sekaligus mengesahkan yang mana Honor turut akan memperkenalkan Honor 8 untuk pasaran antarabangsa dalam masa terdekat.

Kini, pihak Honor telah pun mengeluarkan sebuah teaser khas untuk Honor 8, menandakan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Honor menggunakan slogan “Beauty out of the ordinary” – memberikan petanda yang mana peranti berkenaan akan membawakan rekaan yang sangat cantik dan berbeza dengan peranti Honor lain.

Pada teaser sama juga, Honor menggunakan ikon berbentuk infiniti yang memberikan petanda Honor 8 akan hadir dengan kamera berkembar seumpama Huawei P9 sebelum ini.

Buat masa ini, tarikh pengumuman Honor 8 ini masih tidak diketahui lagi.

Honor 8 Teaser


TIPS & ULASAN