Twitter Memperkenalkan Fungsi Menambah Sticker Pada Gambar Yang Ingin Dikongsikan

Twitter Memperkenalkan Fungsi Menambah Sticker Pada Gambar Yang Ingin Dikongsikan

Diterbitkan pada June 28, 2016 oleh .

Twitter merupakan salah satu laman sosial popular yang turut menawarkan kemudahan untuk pengguna berkongsi gambar melaluinya dengan mudah. Aplikasi Twitter untuk Android dan iOS sedia ada menawarkan fungsi penyuntingan ringkas sebelum pengguna berkongsi gambar melaluinya.

Twitter Sticker

Bergerak kehadapan, tidak lama lagi Twitter akan turut mengintegrasikan sokongan #Stickers pada aplikasi mudah-alih mereka, membolehkan pengguna menambah gambar lakaran yang comel pada gambar mereka sebelum dikongsikan.

Twitter turut mengatakan pengguna boleh membuat carian pada perkhidmatan mereka menggunakan #Stickers – sekaligus memperlihatkan hasil kreativiti pengguna lain melalui penggunaannya pada gambar.

Twitter akan memperkenalkan fungsi ini pada aplikasi Android dan iOS mereka dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN