Cari @ Amanz

Kemas kini sistem operasi secara lazimnya diterima dengan tangan terbuka oleh pengguna. Pelbagai fungsi baru dapat digunakan disamping keselamatan data peribadi lebih terjaga. Ini adalah antara sebab mengapa ramai yang memilih peranti Nexus dan iPhone. Kepantasan kemas kini adalah penting bagi mereka. Tetapi tidak semua kemas kini membawa kesenangan. Seorang wanita di California baru sahaja menerima pampasan kerana kemas kini Windows 10 secara automatik.

Tori Goldstein ialah pemilik sebuah agensi pelancongan. Komputer yang digunakan oleh beliau dikemas kini tanpa kebenaran menyebabkan ia gagal berfungsi dengan baik selama beberapa hari. Beliau menyaman Microsoft kerana mengakibatkan beliau kehilangan perniagaan selama beberapa hari. Kes tidak didengari di mahkamah kerana Microsoft bersetuju memberi $10000 (~RM 42000) sebagai ganti rugi atas kesusahan yang dialami dan untuk membeli sebuah PC baru. Ini merupakan kes pertama melibatkan sistem operasi terkini Microsoft. Adakah ia akan membuka pintu kepada pengguna lain untuk mendapatkan pampasan atas masalah yang dialami pasca kemas kini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd