Flash Plus 2 Dengan Memori 3GB RAM Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM729

Flash Plus 2 Dengan Memori 3GB RAM Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM729

Diterbitkan pada June 28, 2016 oleh .

Flash Plus 2 merupakan salah satu peranti baru dibawah jenama Flash. Bagi anda yang tertanya-tanya, Flash merupakan sebuah jenama yang sinonim dengan Alcatel sebelum ini, tetapi bermula Mei 2016 yang lepas, TCL Communication telah mula mengoperasikan Flash sebagai sebuah jenama berasingan.

Berbalik kepada Flash Plus 2, ia merupakan sebuah peranti dengan spesifikasi pertengahan, tetapi turut membawakan beberapa ciri-ciri dan rekaan seumpama peranti popular lain.

Flash Plus 2 - DSC06015

Dari segi spesifikasi, Flash Plus 2 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, cip MediaTek Helio P10, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan 5-megapixel.

Bahagian kerangka belakang peranti ini boleh ditanggalkan untuk menyertakan kad SIM ataupun kad mikro-SD.

Flash Malaysia sebelum ini telah mula menjual versi 2GB RAM dengan ruangan storan 16GB pada harga RM599. Kini, Flash Malaysia turut membawa masuk versi terbaru, iaitu 3GB RAM dengan ruangan storan 32GB. Ia akan dijual pada harga bermula RM729 – dan boleh dibeli melalui Lazada Malaysia hari ini. Penghantaran akan dilakukan bermula 30 Jun 2016 ini.


TIPS & ULASAN