Filem Minecraft Akan Ke Pawagam Pada 24 Mei 2019

Filem Minecraft Akan Ke Pawagam Pada 24 Mei 2019

Diterbitkan pada June 28, 2016 oleh .

Pembangunan filem daripada permainan video telah menjadi salah satu trend akhir-akhir ini. Pada tahun ini kita telah melihat filem Angry Birds dan Warcraft ditayangkan, selain filem Assassin’s Creed yang akan menyusul pada penghujung tahun ini.

Minecraft

Disamping itu, kini untuk peminat permainan Minecraft, pihak Mojang hari ini telah berkongsi mengatakan mereka akan memulakan tayangan filem Minecraft di pawagam seluruh dunia pada 24 Mei 2019 kelak.

Apakah jalan cerita yang akan dibawakan masih menjadi tanda tanya lagi buat masa ini. Ia masih ada tiga tahun lagi sebelum ia diterbitkan sepenuhnya. Sama-sama kita berharap agar filem daripada permainan Minecraft ini tidak mengecewakan peminatnya.


TIPS & ULASAN