Memegang Peranti Ketika Di Lampu Isyarat Kini Membolehkan Anda Disaman

Memegang Peranti Ketika Di Lampu Isyarat Kini Membolehkan Anda Disaman

Diterbitkan pada June 28, 2016 oleh .

Jangan memandu ketika mabuk ianya berbahaya. Jangan memandu dengan terlalu laju ingatlah orang tersayang. Ini adalah dua moto iklan kempen keselamatan jalan raya yang popular sekitar dekad 90an. Di zaman pasca milenium ini, memandu dengan peranti adalah lebih kerap berlaku dan mendatangkan risiko kemalangan yang tinggi. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Persekutuan, SAC Datuk Mahamad Akhir Darus hari ini mengingatkan pengguna jalan raya memegang peranti ketika memandu akan membolehkan anda disaman.

Telefon Kereta

Menurut beliau memegang peranti walaupun ketika di lampu isyarat merah juga adalah salah di sisi undang-undang. Beliau dipetik menyebut “Tidak ada sebab untuk pengguna jalan raya memegang telefon mudah-alih apabila sedang memandu. Pemandu perlu melihat keluar cermin hadapan dan bukannya skrin telefon pintar”.

Harus diakui masalah memandu sambil menggunakan peranti pintar ini ialah epidemik yang semakin menjadi-jadi. Kerap sekali kami melihat pemandu menggunakan peranti ketika kereta sedang bergerak. Kepada yang mencintai keselamatan dan tidak mahu disaman, silalah membeli pemegang peranti di dalam kenderaan anda. Nampaknya alasan memegang peranti untuk menggunakan Waze tidak boleh diguna pakai untuk mengelak disaman.


TIPS & ULASAN