Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Note 7 Tertiris

Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Note 7 Tertiris

Diterbitkan pada June 28, 2016 oleh .

Samsung Galaxy Note 7 kemungkinan besar akan dilancarkan Ogos hadapan. Buat pertama kalinya Samsung akan melangkau sistem penamaan bernombor dan tidak menghasilkan Galaxy Note 6. Ini adalah bagi menyeragamkan sistem penamaan pada keluarga Galaxy S dengan Galaxy Note. Pelbagai spesifikasi dan fungsi unik peranti ini sudah tertiris. Hari ini spesifikasi penuh raja peranti phablet pula tertiris.

Samsung-Galaxy-Note-7-tertiris-2Ia akan dilengkapi skrin 5.7″ SAMOLED QHD, pemproses Exynos 8893/Snapdragon 821, RAM sebesar 6 Gigabyte LPDDR4  dan storan dalaman sebesar 64/128/256 Gigabyte. Seperti Galaxy S7 sokongan kad MikroSD disokong. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 12-megapixel duo pixel f/1.7 dan kamera hadapan 5 Megapixel f/1.7. Bateri sebesar 4000 mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan sistem pengecasan pantas melalui port USB-C.

Stylus S-Pen dengan rekaan baru juga akan diperkenalkan dan kemampuan kalis air IP68. Akhir sekali ia bakal menggunakan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow dengan pelancar baru Grace UX yang juga tertiris hari ini. Secara keseluruhan spesifikasi Note 7 yang lebih baik berbanding Galaxy S7. Sebelum ini peranti Note hanya mengubah saiz skrin dan menyertakan stylus berbanding peranti Galaxy S.

 


TIPS & ULASAN