TP-Link Melancarkan Neffos C5 Max Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM699

TP-Link Melancarkan Neffos C5 Max Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM699

Diterbitkan pada June 28, 2016 oleh .

TP-Link yang terkenal dengan pelbagai produk memfokuskan rangkaian internet sebelum ini telah memperkenalkan tiga telefon pintar dibawah jenama Neffos. Dua daripadanya telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac lepas, dan hari ini, TP-Link turut melancarkan satu lagi telefon pintar mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Neffos C5 Max.

Neffos C5 Max

Neffos C5 Max membawakan peranti dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6753. Ia hadir dengan memori 2GB RAM dan ruangan storan bersaiz 16GB.

Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Seperti kebanyakkan telefon pintar lain, Neffos C5 Max turut menggunakan sistem operasi Android, iaitu Android 5.1 Lollipop. Ia turut menyertakan antaramukanya tersendiri, serta hadir dengan aplikasi pengurusan tersendiri dinamakan System Management.

Di Malaysia, Neffos C5 Max ini dijual pada harga RM699.


TIPS & ULASAN