Carian
Android Pay Hadir Ke Asia – Bermula Dari Singapura
June 28, 2016 Aman

Google telah memperkenalkan Android Pay tidak lama sebelum ini, membolehkan para pengguna untuk membuat pembayaran dengan mudah pada sebarang kedai fizikal melalui telefon pintar mereka. Selepas hanya eksklusif di beberapa buah negara sahaja, hari ini, Google turut telah melancarkannya secara rasmi di negara jiran kita, Singapura.

Android Pay

Sekiranya anda menetap di Singapura, kini anda sudah boleh memuat-turun aplikasi Android Pay, dan mula menguruskan pelbagai kad – sekaligus membuat pembayaran dengan hanya tap pada kedai-kedai yang menyokongnya. Untuk menggunakannya juga, pengguna perlu mempunyai telefon Android 4.4 dan terkini, serta pada masa yang sama menyokong NFC.

Singapura menjadi negara ketiga untuk menerima sokongan Android Pay – iaitu selepas Amerika Syarikat dan juga UK.

Singapura juga sebelum ini telah menerima sokongan pembayaran melalui Samsung Pay dan juga Apple Pay. Ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperluaskan penawaran sama kepada negara-negara lain sekitar Asia – termasuk Malaysia.

Komen