Cari @ Amanz

Bulan September sering sinonim dengan acara IFA, yang mana akan memperlihatkan sejumlah peranti pintar diperkenalkan ketika itu. Terkini, ia dilihat Huawei telah mula menghantar jemputan kepada acara mereka di IFA yang dijadualkan pada 1 September 2016 ini.

Huawei dijangka bakal memperkenalkan telefon pintar baru mereka ketika itu.

Huawei Mate 8IMG_9940

Buat masa ini, ia masih menjadi tanda tanya apakah peranti baru yang bakal diperkenalkan oleh Huawei. Berkemungkinan besar ia adalah peranti baru daripada keluarga Huawei Mate – dan tidak mustahil juga Huawei hadir dengan sesuatu yang baru.

Sebelum ini, Huawei telah mengumumkan kerjasama dengan Google untuk peranti yang menyokong realiti-maya Google Daydream. Peranti dibawah sokongan Google Daydream ini dijangka akan menawarkan resolusi skrin yang lebih tinggi berbanding kebanyakkan telefon pintar Huawei yang hanya pada resolusi 1080p sahaja.

Selain Huawei, beberapa jenama lain turut dijangka memperkenalkan produk mereka pada tempoh lebih kurang sama. Samsung sendiri dilihat akan memperkenalkan produk mereka pada Ogos ini, dan Apple pula sekitar September atau Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd