Batman : Return To Arkham Ditangguh Ke Tarikh Yang Tidak Diketahui

Batman : Return To Arkham Ditangguh Ke Tarikh Yang Tidak Diketahui

Diterbitkan pada June 28, 2016 oleh .

Berita kurang baik bagi peminat siri Batman Arkham yang menanti kemunculan Batman : Return To Arkham. Permainan edisi remaster Arkham Asylum dan Arkham City ini baru sahaja ditangguhkan ke tarikh yang masih tidak diketahui. Warner Brothers Studios mengeluarkan kenyataan mengatakan permainan ditangguh dari tarikh pelancaran asal 29 Julai ini selepas melihat perkembangan projek di bawah kelolaan Virtuous Studios yang berpangkalan di China.

Batman-Return-To-Arkham-Logo-1Mereka merasakan masa yang lebih lama diperlukan bagi memastikan permainan yang dihasilkan adalah yang terbaik tanpa sebarang masalah. Jelas sekali insiden Batman Arkham Knight versi PC yang terlalu bermasalah tahun lalu mengajar WB Studios untuk menjaga kualiti permainan sebelum ianya dijual. Mereka terpaksa memulangkan wang kepada semua pembeli yang tidak berpuas hati dengan Arkham Knight edisi PC. Sebagai peminat siri Arkham yang bercadang membeli Return to Arkham, kami sanggup menunggu permainan disiapkan dengan sempurna sebelum dijual. Ini ialah tindakan bijak oleh WB Studios. Batman : Return to Arkham akan dijual untuk platform PlayStation 4 dan Xbox One.


TIPS & ULASAN