Windows 10 Anniversary Update Mungkin Hadir Untuk Semua Pada 2 Ogos

Windows 10 Anniversary Update Mungkin Hadir Untuk Semua Pada 2 Ogos

Diterbitkan pada June 28, 2016 oleh .

Microsoft hari ini telah membuat kemaskini kecil pada laman blog mereka sebelum memadamnya – mengatakan kemaskini Windows 10 Anniversary Update akan hadir kepada semua pengguna Windows 10 sedia ada pada 2 Ogos 2016 ini.

Windows 10

Windows 10 Anniversary Update merupakan kemaskini besar untuk Windows 10 yang menyertakan sejumlah fungsi baru untuk pengguna. Antara fungsi yang dinantikan adalah termasuk sokongan pemalam pada pelayar web Microsoft Edge, sokongan Ubuntu Bash untuk pembangun, kebolehan log masuk ke aplikasi melalui penggunaan biometrik, menu Start yang diperkemaskini, dan beberapa fungsi baru yang lain.

Buat masa ini, Microsoft telah sedia mengujinya dikalangan pengguna Windows Insider. Kesemua pengguna Windows 10 seluruh negara mungkin akan menerima kemaskini ini pada 2 Ogos kelak sekiranya tiada sebarang perubahan daripada pihak Microsoft dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN