Rekaan Dan Spesifikasi Honor 8 Diperlihatkan – Dwi-Kamera Di Belakang

Rekaan Dan Spesifikasi Honor 8 Diperlihatkan – Dwi-Kamera Di Belakang

Diterbitkan pada June 29, 2016 oleh .

Setiap peranti yang dilancarkan, kebiasaannya akan melalui proses pengesahan badan berkuasa di sesebuah negara terlebih dahulu. Terkini, Honor dengan persiapan untuk pelancaran Honor 8, telah pun kini menerima pengesahan daripada badan berkuasa di China – sekaligus memperlihatkan rekaan yang dibawakan olehnya.

Daripada rekaan yang diperlihatkan, Honor 8 dilihat lebih cantik berbanding dengan peranti mereka sebelum ini – dan pada masa yang sama membawakan penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang. Pengimbas cap jari juga turut disertakan pada bahagian belakang.

Honor 8 Tenaa

Dari segi spesifikasi yang menerima pengesahan, Honor 8 dilihat dilengkapi skrin 5.2-inci dengan paparan 1080p, menggunakan cip pemprosesan Kirin 950, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan bermula 32GB. Pada bahagian belakang, ia membawakan kamera 12-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada dwi-kamera pada bahagian belakang akan berfungsi seumpama Huawei P9 yang merakamkan warna dengan lebih baik, ataupun digunakan seumpama pada Honor 6 Plus sebelum ini.

Tarikh pelancaran peranti ini masih tidak diketahui lagi, tetapi dijangka sekitar minggu hadapan.


TIPS & ULASAN