Facebook sebelum ini telah memperkenalkan fungsi Save pada laman sosial mereka, membolehkan pengguna menyimpan sesuatu perkongsian untuk dibaca pada kemudian masa dengan mudah. Kini, Facebook memperluaskan penggunaannya, dan telah pun hadir dengan sebuah pemalam khusus untuk pelayar web Google Chrome.
Melalui pemalam Facebook Save untuk Google Chrome, kini pengguna akan dapat menambah sebuah butang Facebook Save pada bahagian kanan bar URL. Sekiranya anda meminati sesuatu web yang sedang dilayari, dan ingin membaca keseluruhan artikelnya ataupun merujuknya kembali pada masa akan datang, anda kini boleh tekan butang Facebook Save.
Disamping itu, pihak Facebook turut memperkenalkan satu lagi pemalam untuk Google Chrome, iaitu Facebook Share. Melaluinya, pemalam ini memudahkan anda berkongsi sesuatu artikel terus kepada profil anda. Bagi kami, mungkin pemalam ini tidak akan digunakan ramai berbanding dengan Facebook Save, memandangkan kebanyakkan laman web pada masa kini sedia mengintegrasikan sokongan butang Share ke Facebook.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun dan menggunakan kedua-dua pemalam ini bersama-sama akaun Facebook anda hari ini.
- Muat-Turun Facebook Save untuk Google Chrome
- Muat-Turun Facebook Share untuk Google Chrome