Cari @ Amanz

Adakah anda tidak sabar untuk memiliki sebuah iPhone 7? Mahu menjadi orang paling cool di dalam lingkungan teman-teman anda? Anda tidak lagi perlu menunggu untuk Apple melancarkan peranti terkini mereka kerana ia “iPhone 7” sudah boleh dibeli sekiranya anda di China. Seperti yang ramai mungkin sudah mengagak, ini bukanlah peranti asli tetapi palsu yang banyak dijual di negara kilang dunia ini.

iPhone-7-Palsu-ChinaiPhone 7 palsu ini mempunyai sistem kamera berkembar, rekaan antena baru dan warna ros merah jambu. Perbezaan ketara antara iPhone palsu ini dan versi asal ialah tulisan pada panel belakang. Tertera ayat  “Direka di Taiwan dan dihasilkan di China” dan bukannya “Direka oleh Apple di California dan dipasang di China”. Apakah sistem operasi yang digunakan dan harga jualan peranti palsu ini tidak pula diketahui.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd