Imigresen Amerika Syarikat Bercadang Mengumpul Nama Akaun Media Sosial Setiap Pelawat

Imigresen Amerika Syarikat Bercadang Mengumpul Nama Akaun Media Sosial Setiap Pelawat

Diterbitkan pada June 29, 2016 oleh .

Media sosial, sebuah rekaan manusia yang sekiranya kami mendapat tiga permintaan dari jin Aladdin akan kami mohon ia dihapuskan dari dunia. Ini mungkin agak aneh didengari dari seorang pengguna tegar media sosial seperti kami tetapi hakikatnya ia lebih mendatangkan kesan negatif dari positif kepada masyarakat seluruh dunia. Akaun media sosial  di masa hadapan mungkin akan dijadikan bukti untuk menghalang anda melawat Amerika Syarikat.

Custom-Border-Patrol-Amerika-Syarikat

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (U.S. Customs and Border Protection) bercadang untuk meminta pelawat menulis akaun media sosial mereka di dalam borang yang perlu diisi sebelum dibenarkan masuk. Berita baik bagi rakyat Malaysia ialah setakat ini perancangan ini hanya melibatkan pelawat dari negara yang tidak memerlukan visa. Berita buruk ialah Amerika Syarikat akan menghentikan keperluan memohon visa kepada rakyat Malaysia di masa hadapan. Pengumpulan akaun media sosial ini juga menurut mereka memudahkan pelawat dihubungi ketika di negara mereka selain dari alamat tempat tinggal yang perlu diisi.

Seperti perkhidmatan TenantAssured yang kami laporkan semalam, aktiviti media sosial kita kini bukan lagi boleh dianggap sebagai benda remeh. Kami secara peribadi disoal oleh pihak kedutaan Amerika Syarikat berkenaan kes mahkamah yang melibatkan aktiviti media sosial kami. Berita baik di sini ialah ia tidak menyebabkan kami disenarai hitamkan oleh negara kelahiran Donald Trump ini. Jadi berhati-hatilah dengan apa yang ditulis. Abang Besar sentiasa memerhatikanmu.


TIPS & ULASAN