LG Nexus 5X Akan Ke Malaysia Secara Rasmi Pada Julai Ini – Berharga RM1199 Untuk 32GB
LG

LG Nexus 5X Akan Ke Malaysia Secara Rasmi Pada Julai Ini – Berharga RM1199 Untuk 32GB

Diterbitkan pada June 29, 2016 oleh .

LG Nexus 5X telah diperkenalkan pada tahun lepas bersama-sama Nexus 6P daripada Huawei. Namun, ia telah mengambil masa yang sangat lama untuk hadir ke pasaran tempatan. Selepas melepasi SIRIM tempoh hari, kini pihak Brightstar telah mengesahkan yang mana LG Nexus 5X akan mula dijual di pasaran tempatan pada bulan Julai 2016 ini.

LG Nexus 5X

LG Nexus 5X menawarkan spesifikasi yang tidak begitu tinggi jikalau dibandingkan dengan Nexus 6P. Namun, pengguna masih dapat menikmati ciri utama yang paling diminati ramai – iaitu kemaskini terus daripada Google deengan pantas.

LG Nexus 5X hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci, cip pemprosesan Snapdragon 808, memori 2GB RAM, dan untuk pasaran Malaysia hanya versi 32GB sahaja dibawa masuk. LG menyertakan kamera 12.3-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan.

Di Malaysia, ia akan dijual melalui pengedar rasmi Brightstar seluruh negara pada harga RM1199. Pada masa yang sama, masih tiada sebarang berita berkaitan dengan LG G5 buat masa ini.


TIPS & ULASAN