Microsoft Mengesahkan Pengenalan Kemaskini Windows 10 Anniversary Update Pada 2 Ogos 2016

Microsoft Mengesahkan Pengenalan Kemaskini Windows 10 Anniversary Update Pada 2 Ogos 2016

Diterbitkan pada June 29, 2016 oleh .

Selepas ketirisan semalam, hari ini pihak Microsoft secara rasminya mengesahkan yang mana kemaskini besar seterusnya untuk Windows 10, iaitu Windows 10 Anniversary Update akan hadir pada 2 Ogos 2016 kelak.

Seperti sebelum ini, kemaskini ini akan ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna sistem operasi Windows 10 sedia ada.

Windows 10 Anniversary Update

Windows 10 Anniversary Update menyertakan sejumlah fungsi baru, termasuk sokongan pemalam pada pelayar web Microsoft Edge, beberapa fungsi Cortana yang ditambah-baik, kebolehan menggunakan fungsi biometrik untuk log masuk aplikasi dan beberapa yang lain.

Pada masa yang sama, Microsoft turut mengatakan kini Windows 10 digunakan pada lebih 350 juta peranti seluruh dunia – sekaligus membuka ruangan kepada para pembangun untuk mencapai ramai pengguna dengan menerbitkan aplikasi mereka untuk Windows 10.

Windows 10 akan ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 untuk sebulan lagi, sebelum ia ditawarkan secara berbayar selepas 29 Julai 2016.


TIPS & ULASAN