Facebook sering membuat perubahan dan eksperimen pada paparan News Feed mereka, dan terkini Facebook mengumumkan algoritma terbaru untuk News Feed akan mula lebih memaparkan perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga di Facebook, berbanding dengan perkongsian daripada Facebook Pages.
Seperti ramai sedia maklum, Facebook ingin menghubungkan lebih ramai pengguna melalui platform mereka, dan dengan perubahan ini Facebook ingin memastikan pengguna tidak terlepas sebarang perkongsian dan kemaskini daripada rakan-rakan mereka yang lain.
Facebook turut mengatakan beberapa Facebook Pages mungkin akan melihat impak yang rendah dalam membawa pautan keluar ke sesuatu web. Facebook meminta para pemilik Facebook Pages untuk lebih hadir dengan kandungan yang boleh membuatkan pengguna berinteraksi melaluinya – sekaligus menjadikan perkongsian tersebut dapat dilihat dengan lebih ramai lagi.