Samsung Galaxy A9 Pro Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1999
Artikel Berkaitan

Samsung Galaxy A9 Pro Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1999

Diterbitkan pada June 30, 2016 oleh .

Samsung Galaxy A9 Pro dilancarkan di China pada Mac lalu dan ia kini boleh dimiliki oleh pengguna di Malaysia pada harga RM1999. Galaxy A9 Pro hadir dengan skrin 6″ SAMOLED dengan paparan HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 652, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan dalaman sebesar 32 Gigabyte. Terdapat slot untuk kad MikroSD sehingag 256 Gigabyte.

Samsung Galaxy A9Untuk rakaman gambar, peranti ini menggunakan kamera belakang 16 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Ia turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan, dan menggunakan Android 6.0 Marshmallow. Akhir sekali ia dilengkapi bateri sebesar 5000 mAh untuk memastikan hayat penggunaan yang panjang. Menarik sekali peranti ini masih belum dilancarkan secara rasmi oleh Samsung Malaysia tetapi boleh dibeli di rangkaian kedai elektronik Seng Heng. Galaxy A9 Pro ialah peranti ke empat di dalam keluarga Galaxy A yang dilancarkan di Malaysia tahun ini selepas A3, A5 dan A7.


TIPS & ULASAN