Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini secara rasminya telah mengumumkan sistem operasi MIUI8 untuk pengguna peranti Xiaomi pada peringkat global. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkannya terlebih dahulu untuk pasaran China sahaja, dan tidak berkongsi lanjut mengenai penawaran untuk pasaran global walaupun telah memulakan ujian untuknya.

MIUI8

Xiaomi MIUI8 membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru, termasuk antaranya adalah sokongan tema baru, kebolehan menggunakan dua aplikasi sama dengan akaun berbeza, kalkulator yang lebih pintar, akses pantas melalui Quick Ball, kebolehan merakamkan skrin memanjang kebawah, menjalankan dua aplikasi dalam tetingkap sama, dan pelbagai ciri-ciri lain.

Xiaomi akan memulakan ujian beta terbuka untuk MIUI8 ini pada 11 Julai akan datang ini, dan menawarkannya dalam bentuk stabil kepada semua pengguna pada 16 Ogos 2016 ini. Antara peranti yang akan menerimanya adalah termasuk Mi 2/2S, Mi 3, Mi 4, Mi 4i, Mi 5, Mi Note, Mi Max 32GB, Redmi 1S, Redmi 2, Redmi 2 Prime, Redmi Note 3G, Redmi Note 4G, Redmi Note Prime, Redmi Note 2, Redmi Note 3 Qualcomm.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd