Pemain Media Popular, VLC Hadir Ke Windows 10 Dalam Bentuk Aplikasi Universal

Pemain Media Popular, VLC Hadir Ke Windows 10 Dalam Bentuk Aplikasi Universal

Diterbitkan pada June 30, 2016 oleh .

Bercakap mengenai pemain media, nama VLC Media Player merupakan salah satu pemain media yang tidak asing bagi kebanyakkan pengguna. Kini, selain daripada VLC Media Player untuk desktop, pembangunnya juga hari ini telah menerbitkan aplikasi VLC untuk Windows 10.

VLC untuk Windows 10

VLC untuk Windows 10 ini boleh digunakan pada desktop Windows 10, tablet Windows 10 dan juga pada Windows 10 Mobile. Ia menawarkan rekaan berasaskan antaramuka ModernUI, selain pada masa yang sama mengintegrasikan teknologi seperti DirectX 11 dan sebagainya. Seperti pemain media desktop mereka, VLC untuk Windows 10 turut hadir dengan sokongan pelbagai format video, dan kebolehan memainkan media daripada beberapa sumber berbeza.

Pembangunnya turut berkongsi mengatakan mereka turut akan memperkenalkan aplikasi VLC untuk Xbox One dan juga HoloLens tidak lama lagi.

Bagi anda yang menggunakan Windows 10, anda boleh memuat-turun aplikasi universal VLC Media Player ini dari Windows Store hari ini.

Muat-Turun VLC Media Player dari Windows Store


TIPS & ULASAN