U Mobile Memperkenalkan Pakej 30GB Data Dengan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM98 Sebulan

U Mobile Memperkenalkan Pakej 30GB Data Dengan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM98 Sebulan

Diterbitkan pada July 1, 2016 oleh .

U Mobile hari ini telah menambah satu lagi pelan baru dibawah penawaran mereka, dinamakan sebagai Hero P98. Melalui pelan berkenaan, U Mobile menawarkan perkhidmatan internet dengan data sebanyak 30GB, selain turut hadir dengan sokongan Video Onz untuk penstriman video dari perkhidmatan terpilih tanpa had.

Disamping data sehingga 30GB, U Mobile turut menawarkan panggilan tanpa had untuk semua talian. Seperti biasa, U Mobile mempunyai FUP tersendiri supaya pengguna tidak menyalah-guna fungsi panggilan tanpa had ini.

U Mobile P98

Melengkapkan pelan ini juga adalah akses premium untuk salah satu perkhidmatan penstriman video secara percuma untuk tempoh antara 1 Julai 2016 hingga 31 Julai 2017 kelak.

Bagi anda yang menggunakan data yang banyak, mungkin kini anda boleh mendapatkan pelan P98 daripada U Mobile ini yang ditawarkan pada harga langganan bulanan RM98 – sekaligus menawarkan data sehingga 30GB, panggilan tanpa had dan langganan premium untuk penstriman video.


TIPS & ULASAN