Cari @ Amanz

Tidal merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang memfokuskan kepada penawaran muzik pada audio berkualiti tinggi, disamping mempunyai kerjasama dengan pelbagai artis popular antarabangsa. Perkara ini membuatkan ia sedikit unik, dan turut menjadi sasaran pengambil-alihan beberapa syarikat.

Sebelum ini, kita telah mendengar Samsung telah berjumpa dengan Tidal beberapa kali untuk berbincang bagi mengambil-alihnya. Kini, menurut WSJ, Apple turut dikatakan berminat untuk mengambil-alih perkhidmatan Tidal ini.

TIDAL

Buat masa ini, ia dikatakan masih pada peringkat perbincangan, dan ada kemungkinan pihak Apple tidak mengambil-alihnya.

Apple sendiri boleh dikatakan sedikit tertinggal dalam perkhidmatan penstriman muzik yang kini didahului oleh Spotify. Namun, mereka dilihat mampu membuat pelbagai pelaburan tinggi untuk memenangi pasaran berkenaan.

Tidal juga, dengan penawaran audio berkualiti tinggi dan beberapa artis eksklusif, ia masih gagal untuk menarik ramai pengguna beralih ke perkhidmatan mereka berbanding Spotify dan beberapa yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd