Tayar Liddiard Membolehkan Kereta Bergerak Mengiring Seperti Ketam
Artikel Berkaitan

Tayar Liddiard Membolehkan Kereta Bergerak Mengiring Seperti Ketam

Diterbitkan pada July 1, 2016 oleh .

Meletakkan kenderaan secara selari ialah antara yang paling sukar ketika mengambil ujian memandu. Kami hampir gagal ujian ini dua dekad yang lalu kerana stereng kereta ujian yang lebih keras dari yang sering dipandu di sekolah memandu. Sehingga sekarang sekiranya diberikan pilihan tempat letak kereta selari dan sisi, kami akan memilih pilihan kedua.

William Liddiard seorang pencipta dari Kanada berjaya menghasilkan Liddiard Wheels. Tayar ini unik kerana membolehkan kereta anda bergerak secara mengiring seperti ketam. Kepada yang phobia dengan tempat letak kereta selari ini ialah tayar yang memudahkan proses parkir. Selain bergerak secara mengiring, tayar ini membolehkan kenderaan berputar 360 darjah dengan mudah. Buat masa ini tayar Liddard masih di peringkat prototaip dan memohon paten. William Liddiard masih mencari pelabur bagi menjadikan ciptaan beliau ini sebuah produk yang boleh dibeli secara komersial.


TIPS & ULASAN