Cari @ Amanz

U Mobile baru sahaja mengumumkan pelan P98 terkini yang sarat dengan penawaran 30GB pada harga RM 98. Kini mereka juga telah bekerjasama dengan Huawei dalam membawakan peranti terkini dari Huawei, disertakan menerusi pelan khas yang dinamakan U Package.

screenshot_1262

Berdasarkan penawaran ini, pelanggan boleh memilih untuk memiliki beberapa peranti dari Huawei dan membayarnya pada kadar langganan bulanan, tanpa perlu membayar harga peranti tersebut yang kadangkala memakan belanja yang besar bagi memilikinya. Pengguna boleh memiliki telefon pintar Honor 4C pada harga RM 10 setiap bulan, atau menggunakan peranti flagship terkini Huawei iaitu Huawei P9 pada harga RM 76 setiap bulan. Bagi mendapatkan tawaran sebegini, pengguna perlu memilih untuk melanggan salah satu pelan pascabayar Hero, diantara Hero P50 dan Hero P70 serta pelan terbaru Hero P98 untuk kontrak selama 24 bulan.

Hero P50 merupakan pelan pascabayar pada kadar langganan RM 50 sebulan dan menawarkan kuota data sebanyak 5GB, data tambahan Video-Onz sebanyak 5GG sementara tempoh promosi, serta panggilan percuma sebanyak 30 minit setiap hari untuk rangkaian U Mobile yang sama, manakala 50 minit setiap bulan untuk panggilan ke rangkaian lain. Sekiranya penawaran ini tidak mencukupi, pengguna boleh melanggan Hero P70 pada kadar RM 70 sebulan dan memperoleh 15GB kuota data, atau melanggan pelan terbaru Hero P90 pada kadar RM 98 sebulan dengan data sebanyak 30GB. Tiada had untuk penawaran data Video-Onz dan panggilan ke semua rangkaian, sekaligus menjadikan penawaran ini lebih menarik.

screenshot_1263

Sebagai contoh perkiraan, sekiranya pengguna melanggan pelan Hero P70 (RM 70 sebulan) dan memilih untuk memiliki Huawei P9 (tambahan RM 76 setiap bulan), setiap tahun pelanggan hanya membelanjakan sekitar RM 1,788, dan ini lebih murah dan menjimatkan perbelanjaan pengguna berbanding membelinya secara terus. Malah jika anda melanggan pelan P98 yang terbaru dengan data sebanyak 30GB, perbelanjaan tahunan hanyalah sebanyak RM 2,088. Boleh dikatakan seumpama tidak langsung membayar harga peranti tersebut pada tahun pertama.

Selain dari itu, pengguna terawal yang mendaftar menerusi U Package bakal memperoleh baju eksklusif dan kerangka telefon X-Men bagi telelon pintar Honor 4C, sementara stok masih ada. Anda boleh mendaftar U Package di cawangan U Mobile berhampiran, dan ia juga akan tersedia di cawangan U Mobile Premium Dealers tidak lama lagi.

Penafian: Advertorial dari U Mobile


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd