Cari @ Amanz

Rekaan Blackberry Neon tertiris awal pagi tadi dan ia adalah peranti kelas pertengahan yang dihasilkan dengan kerjasama TCL Alcatel. Kepada yang mungkin kecewa dengan spesifikasi Neon, anda mungkin boleh menanti dua peranti yang dikhabarkan sedang dibangunkan oleh Blackberry.Blackberry Argon dan Mercury mensasarkan dua golongan berbeza.

Blackberry Mercury TertirisArgon dikhabarkan dilengkapi skrin 5.5″ QHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama ialah sebesar 23 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas menerusi port USB-C. Peranti kelas tinggi ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober.

Mercury pula mempunyai skrin 4.5″ dengan rekaan menyerupai Passport. Terdapat papan kekunci fizikal pada bahagia dagu peranti. Ia bakal diperkasakan pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama pula sebesar 18 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Saiz bateri lebih besar 3400 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas. Mercury dijangka dilancarkan pada suku pertama 2017.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd