U Mobile Akan Hadkan Video-Onz Kepada 7GB Untuk Pelanggan P70 – Menambah Lebih Ramai Rakan Kerjasama

U Mobile Akan Hadkan Video-Onz Kepada 7GB Untuk Pelanggan P70 – Menambah Lebih Ramai Rakan Kerjasama

Diterbitkan pada July 1, 2016 oleh .

U Mobile sebelum ini telah hadir dengan perkhidmatan Video-Onz yang menawarkan data tambahan kepada pelanggan prabayar dan pascabayar khusus untuk strim video daripada beberapa perkhidmatan terpilih. Ketika pengenalan, U Mobile menawarkan ia tanpa had untuk pelanggan U Mobile P70.

Kini, bergerak ke hadapan, U Mobile akan mengehadkan penawaran mereka kepada 7GB bermula 1 Ogos 2016 ini, sementara penawaran tanpa had dapat dinikmati oleh pelanggan U Mobile P98. Ini bermakna, selepas penggunaan 7GB bagi tujuan penstriman video, pengguna akan menggunakan data daripada pelan 15GB untuk strim video.

Pengurangan ini mungkin sesuatu yang dijangka, apatah lagi promosi Video-Onz pada peringkat awalnya adalah hanya sehingga 31 Julai 2016 sahaja. Melalui perubahan ini juga, pihak U Mobile mengatakan kini penawaran Video-Onz dilanjutkan sehingga 31 Disember 2016 kelak.

Disamping itu, U Mobile turut menambah tujuh lagi rakan kerjasama mereka untuk boleh dinikmati melalui Video-Onz, termasuk antaranya adalah DailyMotion, Viki, Crunyroll, YuppTV, BFM, TheEdgeTV dan juga Starlive – selain daripada sejumlah perkhidmatan penstriman video popular seperti YouTube, iFlix, HyppTV, Astro-On-The-Go, dan sebagainya.

UMobile Video-Onz


TIPS & ULASAN